Restoran
RESTORAN PAU YIK MUN
‘Restoran Pau Yik Mun' telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan iamerupakan kedai pau yang sangat terkenal di Tanjong Malim. Menyediakan pau yang lembut, roti bakar, mee hainan dan ‘chicken Chop' nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata Malaysia.
RESTORAN HITZ CAFE
Hitz Cafe ini terletak di dalam pekan lama Tanjong Malim, Perak yang berhadapan dengan barisan kedai kasut Bata dan juga Public Bank. Restorannya memang berseni, kemas dan membuatkan orang tertarik untuk makan di sini. Kebersihan dan kekemasan juga di jaga.
(Kredit gambar: Instagram adztravel)
RESTORAN NASI PADANG ANDRI
'Andri Nasi Padang Tanjung Malim' adalah sebuah kedai makan yang diusahakan di bangunan biasa. Kecuali pada kain pemidang 'Andri Nasi Padang Tanjung Malim - mengimbau masakan bonda yang ori ' yang direntangkan di dalam kedai, kedai makan ini tidak ada papan tanda nama kedai yang biasanya terdapat di kebanyakan restoran/kedai makan yang lain.
Papan kenyataan kecil yang digantung di luar kedai makan ini menunjukkan waktu berniaga bermula pada jam 1.00 tengah hari. Bagaimanapun, melalui pengalaman singgah makan di kedai ini dan maklum balas dari pelanggan tetap, kedai makan ini biasanya dibuka seawal jam 1.15 - 1.30 tengah hari.
(Kredit gambar: (Kredit gambar: http://studioselife.blogspot.com))
RESTORAN EASY CAFE
Easy Cafe Restoran, menyediakan hidangan makanan barat. Tempat makan yang berhawa dingin dan suasananya yang tenang serta hiasan dalaman yang ala-barat merupakan antara daya penarik restoran ini. Perkhidmatan WIFI secara percuma juga disediakan khas untuk pelanggan-pelanggannya.
RESTORAN GARDEN SEAFOOD
Garden Seafood Restoran merupakan sebuah restoran yang sering menjadi tumpuan ramai kerana menyediakan hidangan masakan laut yang sangat lazat. Restoran Garden Seafood ini terletak di lokasi yang strategik dan ruang makan yang disediakan juga amat bersih dan mempunyai dekorasi yang cantik.
PAK YA BISTRO & CATERING
Pak Ya Bistro & Catering lokasinya di Slim River Perak. Pak Ya Bistro menyediakan roti canai, nasi lemak dan aneka masakan udang galah segar terbaik menjadi semakin popular kerana ia menyajikan hidangan makanan laut yang lazat.
KILANG ROTI MOKHTAR
REKA bentuk bangunan itu seakan-akan sebuah bangsal. Melihat keadaan binaan yang diperbuat daripada lapisan papan selain serpihan cat berwarna putih yang kelihatan sudah tertanggal membuatkannya kelihatan agak usang.
Namun, bangunan yang disangkakan rumah itu sebenarnya ialah sebuah kilang memproses roti yang masih kekal seperti asalnya walaupun zaman telah berubah. Kilang yang dikatakan sudah berusia hampir 100 tahun itu, bermula dari pintu gerbang menghala ke ruang masuk utama hingga ke pintu belakang, jelas membayangkan pemiliknya, Mokhtar Amat Mohd. Taqi, 49, sarat dengan nilai-nilai sentimental.
Tiada nama khas
Menariknya, populariti roti yang diusahakan keluarga itu mampu bertahan lebih 60 tahun walaupun tidak mempunyai nama khas.
Sebaliknya, nama roti yang diusahakan Mokhtar diberikan sendiri oleh pelanggan-pelanggan tetapnya dengan gelaran seperti roti Babu, roti Tapah, roti Benggali dan roti sedap.
RESTORAN ePLACE
e Place merupakan restoran yang menyajikan masakan Cina dan Barat Halal. Selain itu, restoran ini turut menyajikan masakan Steamboat dan beberapa hidangan Vegetarian. Restoran ini telah lama wujud dan seolah-olah sangat terkenal dengan pelajar universiti.
GERAI NASI LEMAK HAJI DIN
Gerai yang terletak di medan selera Tanjong Malim. Gerai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.
RESTORAN LOVEATS
Memilih konsep hipster, Restoran Loveats menampilkan 'smash burger' yang dinikmati bersama roti burger atau hotdog hitam, dikenali sebagai roti arang buluh.
Fenomena roti arang buluh menjadi pilihan penduduk Jepun yang kreatif dan inovatif dalam semua aspek kehidupan mereka. Roti burger hitam yang menggunakan serbuk arang buluh masih baharu di Malaysia, namun ia semakin popular, sekali gus mendapat sambutan kerana kelembutannya berbanding roti burger biasa.
Kualitinya juga dikatakan setanding roti burger atau hotdog digunakan restoran popular makanan segera.
Selain teknik smash burger dan penggunaan roti arang buluh untuk menyuntik kelainan, semua bahan utama termasuk roti, malah daging burger dan hot dog seperti ayam, kambing, lembu serta ikan dihasilkan secara home made atau buatan sendiri.
RESTORAN SAUDAGAR SUP JUNIOR
Restoran ini terkenal dengan kesedapan nasi ayam nya. Namun, menu utama atau menu simbolik untuk kedai ini sudah pasti terletak pada kelebihan SUP memandangkan nama restoran tersebut ialah Saudagar Sup Junior. Saudagar Sup Junior ini terletak berhampiran dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan terletak di Taman Universiti Tg.Malim. Sebaris dengan kedai makan ala ala barat iaitu California Steak House & Steamboat.
RESTORAN LAPAKO
Restoran ini terletak kira-kira 10 minit dari tol Tanjong Malim. Lapako mempunyai 17 stall makanan dan minuman. Tempat makan yang luas, selesa dan banyak pilihan makanan serta ruang berbumbung dan open air dengan pemandangan yang cantik.
THE DOUGLAS STREET
Restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis menu makanan dan minuman dengan harga yang sangat berpatutan. Terletak di pekan Tanjong Malim. Berkonsepkan lepak dan santai sambil menikmati juadah makanan.
RUMAH MAKAN SRI MUALLIM
Rumah Makan Sri Muallim terletak di bandar Tanjong Malim. Lokasinya kira-kira 5 minit dari tol Tanjong Malim. Rumah Makan Sri Muallim sangat unik kerana ianya berkonsepkan kampung tradisional melayu klasik. Susunan hidangan di bahagian luar yang teratur, menarik dan pelbagai pilihan. Ruang dalam rumah tradisional sesuai kepada pengunjung yang mempunyai keluarga serta kanak-kanak.
GERAI AMAN GADO-GADO
Terletak di kawasan medan selera MDTM berhadapan dengan balai polis memudah kan pengguna pergi ke restoran ‘Aman Gado-Gado' ketika berada di Tanjong Malim. Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang lemak berkrim.
SARANG ART HUB
Sarang Art Hub ini terletak di tapak Rumah Rehat Tanjong Malim yang berhampiran dengan KFC dan Pizza Hut Tanjong Malim. Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2015. Kedai makan ini masih mengekalkan konsep rumah rehat serta susun atur dalaman kedai ini, memang unik dan berseni.
CAPE CAFE
Cape Cafe menyediakan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan paling menarik adalah semua menunya hanya berharga RM1.70 semangkuk. Ianya sesuai untuk semua lapisan masyarakat menikmati pelbagai jenis hidangan makanan.
- Hits: 2731