Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Objektif, Visi & Misi

Latar Belakang

KRONOLOGI PENUBUHAN
MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

  • 1904
    Pihak Berkuasa Tempatan ketika ini dikenali sebagai Batang Padang Sanitary Board dan diwartakan dibawah Warta Kerajaan No.1077/1904
  • 1923

    Cawangan baru diwujudkan di bawah kawalan Batang Padang Sanitary Board yang dikenali sebagai Tanjong Malim Sanitary Board (TMSB) bertempat di Jalan Raja Itam ,Tanjong Malim.

  • 1958

    TMSB dirombak semula menjadi cawangan-cawangan kecil iaitu Majlis Bandaran Tanjong Malim, Lembaga Bandaran Trolak dan Majlis Tempatan (Slim River,Slim Village,Behrang Stesyen & Behrang Ulu).

  • 1975

    Penguasa-penguasa Tempatan yang terdiri dari Tanjong Malim,Trolak, Slim River,Slim Village, Behrang Stesyen dan Behrang Ulu disusun semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap satu diberi nama lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT).

  • 1976

    Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi menyatukan semua LPKT di seluruh negara.

  • 1 Disember 1979

    Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk dianggarkan 33,393 orang.

  • 2002

    Pada bulan ApriI,Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berpindah dan beroperasi di Bandar Behrang 2020.

Visi

Menjadikan peneraju terbilang pembangunan progresif ke arah kelestarian dan kesejahteraan masyarakat.

Misi

  1. Melaksanakan tranformasi ke arah memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan mengamalkan urustadbir yang efektif dan berintegriti.
  2. Mewujudkan perbandaran beridentiti melalui pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya saing.
  3. Membina dan memperkasa persekitaran yang harmoni dan kondusif.
  4. Memastikan pembangunan terancang dan seimbang untuk masyarakat.

Objektif

  • Merancang dan menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan berdaya saing ke arah persekitaran yang kondusif

  • Mengurus, memperkukuh dan memantapkan sumber hasil dalam mengoptimumkan pengurusan kewangan

  • Melaksana dan mengawal pembangunan mengikut polisi dan garis panduan yang telah ditetapkan.

  • Merealisasikan perbandaran beridentiti, melalui jalinan kerjasama dan pekongsian pintar.
  • Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
  • Utama
  • Korporat
  • Objektif, Visi & Misi

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 12/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961