Cukai Taksiran
-
Bangunan Kediaman.
-
Bangunan perniagaan ( kedai, kompleks perniagaan, bengkel ).
-
Bangunan Industri.
-
Harta Khas.
-
Tanah Kosong ( Bangunan / Pertanian / Perindustrian / Perniagaan )
-
1/2 tahun pertama 1hb. Januari hingga 28hb. Februari setiap tahun .
-
1/2 tahun kedua 1hb. Julai hingga 31hb. Ogos setiap tahun .
Notis E ( Notis Supaya Menjelaskan Tunggakan kadar,Seksyen 148,Akta Kerajaan Tempatan 1976 ) akan dikeluarkan. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari dari tarikh notis dipos/diserahkan.Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan , maun tunggakan yang perlu dibayar bersama kos proses akan dituntut di bawah kuasa-kuasa yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kadar Bayaran Notis E adalah seperti berikut:
|
AMAUN TUNGGAKAN |
BAYARAN WARAN |
|
Sehingga RM 1,000.00 |
RM 150.00 |
|
Melebihi RM 1,000.00 |
RM 300.00 |
Jika masih gagal menjelaskan tunggakan,waran tahanan akan dikeluarkan. Waran ini membolehkan
Pegawai MDTM yang diberi kuasa :-
-
Merampas ( mensita ) harta alih yang ada di dalam bangunan
-
Menutup bangunan daripada menjalankan operasinya ( Seksyen 148 )
-
Melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi ( Seksyen 151 )
|
AMAUN TUNGGAKAN |
BAYARAN WARAN |
|
Sehingga RM 1,000.00 |
RM 150.00 |
|
Melebihi RM 1,000.00 |
RM 300.00 |
-
Kelulusan pelan bangunan.
-
Kelulusan pelan susun atur.
-
Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
-
Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan.
Bil Cukai taksiran Am akan diserahkan/diposkan pada :
- Januari 1/2 tahun pertama
- Julai 1/2 tahun kedua
Notis E diserahkan/diposkan pada :
- Mac 1/2 tahun pertama
- September 1/2 tahun kedua
Jika anda tidak menerima bil/notis, sila datang sendiri ke kaunter bayaran di pejabat MDTM atau kaunter Bahagian Penilaian MDTM dengan membawa :
- Bil/Notis lama atau,
- No. Akaun ( jika ada ) atau,
- No. lot/rumah dan kedudukan harta
a) Bayaran Ansuran Bulanan
Kemudahan terbuka kepada pemilik bagi menjelaskan tunggakan cukai taksiran secara ansuran dalam tempoh tahun tersebut. Pemilik perlu menjelaskan bayaran mengikut Jadual bayaran yang disediakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.
b) Bayaran Melalui Pos
Bayaran menggunakan cek berpalang,kiriman wang pos,bank draf kepada Yang DiPertua MDTM dengan menyertakan bil atau mencatatkan nombor akaun cukai taksiran am di belakang cek/mo/po.
c) Bayaran Melalui kaunter
Bayaran juga boleh dibuat di kaunter bayaran pejabat MDTM .
Peringatan Penting Untuk Anda
1. Jika anda membeli rumah/bangunan/tanah kosong:
Semak dulu dengan MDTM bagi memuaskan tunggakan cukai taksiran am pegangan tersebut telah dibayar.
2. Jika anda telah menukar milik /menjual/membeli/mewariskan rumah/bangunan/tanah kosong:
Beritahu kepada MDTM dengan mengisikan Borang I (Notis jualan/pindah milik,Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976) dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan.Jika gagal,pihak MDTM boleh mengenakan kompaun.
3. Jika rumah/bangunan milik anda diroboh,terbakar atau terbiar :
Tulis surat rasmi kepada MDTM memberitahu tentang rumah keadaan rumah/bangunan anda untuk memastikan ia dikeluarkan daripada senarai nilaian.
4. Tindakan Penguatkuasaan :
Majlis Daerah Tanjong Malim akan menjalankan tindakan penguatkuasaan memungut tunggakan sepanjang tahun. Pemilik/penghuni/penyewa yang menerima notis (Borang E) atau makluman Peringatan ,hendaklah menjelaskan bayaran dengan segera sebelum tindakan penguatkuasaan sampai ke rumah/premis anda.
Cukai Taksiran ditentukan berdasarkan beberapa peratus daripada Nilai Tahunan pegangan tersebut.Nilai Tahunan ialah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahundari harta jika disewakan.
Contoh : Sewa sebulan RM 350.00
Setahun X 12
NILAI TAHUNAN RM 4,200.00
Kadar peratus ialah kadar yang ditetapkan oleh MDTM pada setiap tahun dengan kelulusan Kerajaan Negeri.
Contoh kiraan Cukai Taksiran :
NILAI TAHUNAN HARTA RM 4,200.00
Kadar Peratus (Kediaman) X 8.5%
Cukai Taksiran RM 357.00 Setahun.
Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 4.5% daripada nilai pasaran tanah tersebut.

