Tempat Letak Kereta
Kupon Letak Kereta
-
Kupon letak kereta mula digunakan dan berkuatkuasa pada 1 /Jun/2006 di seluruh kawasan kawalan MDTM. Sistem letak kereta berkupon ini telah menggantikan system letak kereta bertiket yang telah digunakan sebelum ini.
-
Kupon-kupon letak kereta ini boleh di dapati daripada agen-agen jualan yang telah dilantik oleh MDTM di kawasan Tanjong Malim dan Slim River pada harga RM 2.00 untuk satu buku yang mempunyai 5 keping kupon untuk tempoh lima jam, dimana 1 keping adalah sah digunakan untuk tempoh satu jam sahaja.
-
Sila pastikan anda telah menggores dan mempamerkan kupon letak kereta di papan pemuka kenderaan anda.
Panduan :-
-
Sila goreskan 5 bahagian pada Tahun, Bulan, Hari, Jam dan Minit, waktu mula penggunaan, kemudian pamerkan di atas `Dashboard' kenderaan anda.
-
Jika lebih dari satu kupon dipamerkan untuk satu jangkamasa, maka masa bagi kupon kedua dikira dari berakhirnya masa kupon pertama.
-
Kesilapan menggores kupon ini di anggap batal dan boleh dikompaun .
Jenis - Jenis Kesalahan Meletak Kenderaan Yang Boleh Dikompaun :
-
Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis semasa meletak kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon.
-
Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh yang dibenarkan.
-
Mempamerkn kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa semasa menjalankan pemeriksaan.
-
Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul. Meletak kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta.
-
Menghalang petak letak kereta. Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalulintas.
-
Berniaga di tempat letak kereta.
-
Meletak kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba.
-
Meletak kenderaan bermotor di kawasan kaki lima.
-
Meletak kenderaan bermotor ditempat letak kereta bermusim tanpa pas bermusim yang sah.

