Terletak berdekatan Jalan Besar KL – IPOH, perjalanan mengambil masa kira-kira 6 minit daripada Plaza Tol Tanjong Malim menjadikan lokasinya mudah diakses oleh orang ramai. Selain itu, terdapat juga cawangan restoran ini di lot kedai Rehat dan Rawat (RNR) hentian Rawang.
Restoran ini berkonsepkan ‘chinese kopitiam’ ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya geng-geng konvoi permotoran. Kuih pau merupakan menu utama disini, dimana kelembutan tekstur dan intinya membuatkan Pau Yik Mun sangat terkenal di Malaysia.
Menu popular: Kuih pau (Ayam, Daging, Kacang & Kaya), Roti Bakar dan pelbagai jenis masakan chinese
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (bermula jam 8.30 pagi – 8.00 malam)
Restoran ini boleh memuatkan seramai 100 pax dalam satu-satu masa. Turut disediakan kemudahan tempat letak kereta dan tandas.