Terletak berdekatan Jalan Besar KL – IPOH, perjalanan mengambil masa kira-kira 6 minit daripada Plaza Tol Tanjong Malim menjadikan lokasinya mudah diakses oleh orang ramai.
Rumah makan ini menawarkan pelbagai jenis masakan kampung dengan berkonsepkan suasana rumah kampung mealyu asli melalui rekabentuk hiasan dalamannya yang membuatkan para pengunjung merasai suasana sebenar di kampung halaman.
Menu popular: Masakan lemak cili api, keli berlada, sambal tempoyak dan pelbagai ulam-ulaman.
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang)
Restoran ini boleh memuatkan seramai 150 pax dalam satu-satu masa. Turut disediakan kemudahan tempat letak kereta dan tandas.
Pakej yang disediakan: -
Pertanyaan
Alamat: Lot 4620, Jalan Slim Lama, 35900 Tanjong Malim, Perak (3.690654790304027, 101.52342903305482)