Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Cukai Taksiran

CUKAI TAKSIRAN AM DAN TEMPOH BAYARAN
Cukai taksiran Am adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti:
  • Bangunan Kediaman.
  • Bangunan perniagaan ( kedai, kompleks perniagaan, bengkel ).
  • Bangunan Industri.
  • Harta Khas.
  • Tanah Kosong ( Bangunan / Pertanian / Perindustrian / Perniagaan )
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu:-
  • 1/2 tahun pertama 1hb. Januari hingga 28hb. Februari setiap tahun .
  • 1/2 tahun kedua 1hb. Julai hingga 31hb. Ogos setiap tahun .
TINDAKAN JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN AM
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,anda akan dikenakan tindakan seperti berikut:

Notis E ( Notis Supaya Menjelaskan Tunggakan kadar,Seksyen 148,Akta Kerajaan Tempatan 1976 ) akan dikeluarkan. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari dari tarikh notis dipos/diserahkan.Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan , maun tunggakan yang perlu dibayar bersama kos proses akan dituntut di bawah kuasa-kuasa yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kadar Bayaran Notis E adalah seperti berikut:

AMAUN TUNGGAKAN

BAYARAN WARAN

 Sehingga RM 1,000.00

 RM 150.00

 Melebihi RM 1,000.00

 RM 300.00

Jika masih gagal menjelaskan tunggakan,waran tahanan akan dikeluarkan. Waran ini membolehkan

Pegawai MDTM yang diberi kuasa :-

  • Merampas ( mensita ) harta alih yang ada di dalam bangunan

  • Menutup bangunan daripada menjalankan operasinya ( Seksyen 148 )
  • Melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi ( Seksyen 151 )
Kos tahanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

AMAUN TUNGGAKAN

BAYARAN WARAN

 Sehingga RM 1,000.00

 RM 150.00

 Melebihi RM 1,000.00

 RM 300.00

Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MDTM bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut:
  • Kelulusan pelan bangunan.
  • Kelulusan pelan susun atur.
  • Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
  • Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan.
PENGEDARAN BIL / NOTIS CUKAI TAKSIRAN AM

Bil Cukai taksiran Am akan diserahkan/diposkan pada :

  • Januari 1/2 tahun pertama
  • Julai 1/2 tahun kedua

 Notis E diserahkan/diposkan pada :

  • Mac 1/2 tahun pertama
  • September 1/2 tahun kedua

Jika anda tidak menerima bil/notis, sila datang sendiri ke kaunter bayaran di pejabat MDTM atau kaunter Bahagian Penilaian MDTM dengan membawa :

  • Bil/Notis lama atau,
  • No. Akaun ( jika ada ) atau,
  • No. lot/rumah dan kedudukan harta
KEMUDAHAN BAYARAN

a) Bayaran Ansuran Bulanan

Kemudahan terbuka kepada pemilik bagi menjelaskan tunggakan cukai taksiran secara ansuran dalam tempoh tahun tersebut. Pemilik perlu menjelaskan bayaran mengikut Jadual bayaran yang disediakan oleh  Majlis Daerah Tanjong Malim.

b) Bayaran Melalui Pos

Bayaran menggunakan cek berpalang,kiriman wang pos,bank draf kepada Yang DiPertua MDTM dengan menyertakan bil atau mencatatkan nombor akaun cukai taksiran am di belakang cek/mo/po.

c) Bayaran Melalui kaunter

Bayaran juga boleh dibuat di kaunter bayaran pejabat MDTM .

PERINGATAN PENTING

Peringatan Penting Untuk Anda

1. Jika anda membeli rumah/bangunan/tanah kosong:

Semak dulu dengan MDTM bagi memuaskan tunggakan cukai taksiran am pegangan tersebut telah dibayar.

2. Jika anda telah menukar milik /menjual/membeli/mewariskan rumah/bangunan/tanah kosong:

Beritahu kepada MDTM dengan mengisikan Borang I (Notis jualan/pindah milik,Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976) dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan.Jika gagal,pihak MDTM boleh mengenakan kompaun.

3. Jika rumah/bangunan milik anda diroboh,terbakar atau terbiar :

Tulis surat rasmi kepada MDTM memberitahu tentang rumah keadaan rumah/bangunan anda untuk memastikan ia dikeluarkan daripada senarai nilaian.

4. Tindakan Penguatkuasaan :

Majlis Daerah Tanjong Malim akan menjalankan tindakan penguatkuasaan memungut tunggakan sepanjang tahun. Pemilik/penghuni/penyewa yang menerima notis (Borang E) atau makluman Peringatan ,hendaklah menjelaskan bayaran dengan segera sebelum tindakan penguatkuasaan sampai ke rumah/premis anda.

Cukai Taksiran ditentukan berdasarkan beberapa peratus daripada Nilai Tahunan pegangan tersebut.Nilai Tahunan ialah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahundari harta jika disewakan.

Contoh :          Sewa sebulan             RM    350.00

                        Setahun                      X               12

                        NILAI TAHUNAN          RM 4,200.00       

Kadar peratus ialah kadar yang ditetapkan oleh MDTM pada setiap tahun dengan kelulusan Kerajaan Negeri.

Contoh kiraan Cukai Taksiran :

NILAI TAHUNAN HARTA                     RM 4,200.00

Kadar Peratus (Kediaman)                 X          8.5%         

Cukai Taksiran                                    RM    357.00 Setahun.

Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 4.5% daripada nilai pasaran tanah tersebut.

  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Cukai Taksiran

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961