Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Maskot

INFO MASKOT BURUNG HANTU MDTM


MDTM merupakan tuan rumah kepada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi Tahun 2013. Sehubungan dengan itu, BURUNG HANTU telah dipilih sebagai ikon MDTM dan ikon ini juga telah dijadikan sebagai maskot rasmi bagi Temasya Sukan PBT Negeri Perak bagi tahun 2013.

Justifikasi pemilihan maskot burung hantu sebagai maskot rasmi MDTM adalah berdasarkan kepada keterangan yang berikut :
  • Tanjong Malim merupakan sebuah bandar yang telah melahirkan ramai tokoh ilmuan seperti Za’ba, Aminuddin Baki, dan Harun Aminurrashid. Kenyataan ini sekaligus telah menjadikan Tanjong Malim sebagai salah sebuah bandar ilmuan yang terkenal di negeri Perak. Malah, Tanjong Malim juga turut melahirkan ramai tokoh muallim dan penggiat islam yang tersohor di serata negeri.

  • Bersesuaian dengan kenyataan ini, maka burung hantu telah dipilih sebagai ikon yang membawa kepada makna ‘kebijaksanaan’ ataupun di dalam bahasa inggerisnya ‘The Symbol of Wisdom’. Keselarasan ini dilihat sebagai gambaran kepada kedudukan Tanjong Malim yang juga merupakan sebuah pusat perkembangan pendidikan di Malaysia dan dapat dibuktikan dengan kewujudan Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai Pusat pendidikan Guru yang tertua di Malaysia.

Ironinya, spesis burung hantu sememangnya mudah didapati di Tanjong Malim. Berlandaskan kepada perlambangan ‘The Symbol of Wisdom’ maka bersesuaianlah mengapa maskot burung hantu dipilih sebagai ikon pilihan bagi Tanjong Malim yang kini semakin pesat membangun.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961