Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (RTD) MUALLIM 2035

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (RTD) MUALLIM 2035 (PENGUBAHAN 1) MELIBATKAN PENGUBAHAN ZON GUNA TANAH SEBAHAGIAN BLOK PERANCANGAN (BP 1) MUKIM HULU BERNAM TIMUR: KAWASAN AHTV / BANDAR PROTON DAN KAWASAN BEHRANG 2020 - KELAWAR (KLK LAND SDN. BHD.) DAN PINDAAN KEPADA JADUAL KELAS KEGUNAAN TANAH.
 
Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Muallim 2035 (Pengubahan 1) diadakan bermula dari 5 Januari 2024 sehingga 5 Februari 2024 bertempat di Majlis Daerah Tanjong Malim, PLANMalaysia Negeri Perak, Tingkat 3&7, Bangunan Seri Perak, Ipoh dan Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim, Slim River.
 
Publisiti ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di atas lot-lot tanah yang terlibat dalam pengubahan ini.
 
Tuan-puan dijemput ke program publisiti ini bagi memberikan pandangan / cadangan dan boleh terus mengakses ke QR untuk mendapatkan borang bantahan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961