Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KARNIVAL KOMUNITI SEJAHTERA @ MUALLIM DI BAWAH PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) FASA 1 TAHUN 2024

2 Jun 2024 (Ahad) – Program Karnival Komuniti Sejahtera @ Muallim di Bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Fasa 1 Tahun 2024 bertempat di Ujana Muallim, Proton City telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat baik oleh peserta- peserta dari seluruh Malaysia terutama dalam aktiviti utama iaitu Kayuhan Komuniti @ Fun Hunt X Muallim Bike Camp 2.0, termasuk hampir 30 orang peserta daripada negara Singapura. Aktiviti Fun Hunt ini merupakan kayuhan santai ke Pekan Tanjong Malim sejauh 30km yang telah menyelusuri pelbagai tempat menarik dan bersejarah di Tanjong Malim termasuk Lorong Seni Muallim. Selain itu, pelbagai aktiviti lain yang dilaksanakan antaranya Funrobik Komuniti, Gotong-Royong Komuniti, Seni Mural Komuniti, Sukaneka Komuniti dan Pameran serta Demonstrasi daripada agensi kerajaan.

Bagi program Muallim Bike Camp 2.0 dengan tema Mencari Tanjong Malim, seramai 130 orang ‘campers’ telah berkampung di tapak perkhemahan Ujana Muallim selama 3 hari bermula 1 hingga 3 Jun 2024. Campers juga tidak melepaskan peluang untuk merasai ketenangan di daerah Muallim dengan melakukan aktiviti mendaki ke Lata Perangin yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di daerah Muallim.

Keseluruhannya, Karnival Komuniti Sejahtera @ Muallim telah berjaya menarik lebih 500 pengunjung dalam penganjuran. Majlis Daerah Tanjong Malim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Jabatan/ Agensi / NGO yang terlibat sama dalam menjayakan Program Karnival Komuniti Sejahtera @ Muallim ini.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961