Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK EURO 2024

Isnin, 15 Julai 2024 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) sekali lagi berjaya menganjurkan Tayangan Skrin Besar Kejohanan Bola Sepak. Program ini merupakan antara program pelancongan dan rekreasi bersama komuniti Muallim dan jiran terdekat dari Hulu Selangor. Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak EURO 2024 antara Sepanyol dan England telah diadakan di Balai Lintang Muallim. Walaupun sepak mula kali ini bermula agak lewat mengikut waktu Malaysia, ia tidak menghalang peminat bola sepak untuk berkumpul memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan.

Tayangan ini turut mendapat tajaan daripada Puncak Emas Infra Sdn. Bhd., Proton City Development Corporation (PCDC) dan Telekom Malaysia. Program turut diselitkan dengan beberapa aktiviti iaitu Cabutan Bertuah dan Kuiz Ola Bola.

Turut hadir bersama-sama menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak EURO 2024 adalah Yang Berhormat, Encik Muhammad Zulfadli bin Zainal, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (DUN Slim), En. Muhamad Alif Asyraf Abdull Rahim, Peg. Khas Ahli Parlimen Tanjong Malim, Yang Berusaha En. Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM, Yang Berusaha En. Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM beserta jemputan lain.

Tahniah dan jutaan terima kasih atas sokongan padu warga Muallim khasnya yang hadir dan meraikan program ini dan semoga kita berjumpa lagi di program anjuran MDTM di masa akan datang!

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286959