Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN KEMPEN TIADA BEG PLASTIK MELALUI PENGENAAN CAJ PENGGUNAAN BEG PLASTIK OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PADA HARI SABTU SETIAP MINGGU DI NEGERI PERAK TAHUN 2023

25 Mei 2023, Khamis - Sesi Libat Urus Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik Melalui Pengenaan Caj Penggunaan Beg Plastik Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pada Hari Sabtu Setiap Minggu Di Negeri Perak Tahun 2023 bersama pengusaha / pelesen premis perniagaan daerah Muallim telah diadakan di Auditorium Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).

Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan Kesihatan, Pn Hjh Siti Aida bt Hj Rasidi dan kakitangan Bahagian Pelesenan,MDTM.Turut hadir bersama Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Pelesenan,Pengiklanan Dan Penguatkuasaan Dan ketua-ketua Jabatan,MDTM.

Sesi libat urus ini melibatkan 87 premis perniagaan berlesen yang terpilih di dalam daerah Muallim. Antara kategori premis perniagaan yang terlibat dalam pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik ini adalah pasaraya, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai rangkaian, farmasi dan kedai serbaneka stesen minyak.

Pelaksanaan kempen ini bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik sseterusnya secara berperingkat tiada lagi penggunaan beg plastik di kalangan warga Muallim khasnya dan masyarakat Perak amnya demi menjamin kelestarian alam sekitar.

Premis perniagaan yang menyertai pelaksanaan kempen ini akan menerima Sijil Penyertaan Premis Hari Tanpa Beg Plastik Percuma manakala premis yang berjaya tidak membekalkan beg plastik kepada pengguna akan menerima Sijil Premis Bebas Beg Plastik. Kesemua peserta yang menerima sijil perlu mempamerkannya di premis perniagaan masing-masing sebagai pemakluman kepada pelanggan dan bagi memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya.

Sehubungan itu,bermula pada 17 Jun 2023, kutipan caj 0.20 sen yang dikenakan bagi setiap plastik yg dikeluarkan kepada pelanggan pada setiap hari sabtu akan diserahkan kepada kepada kerajaan negeri Perak untuk kegunaan aktiviti kesejahteraan rakyat serta alam sekitar.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961