Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS DENGAN PENYEWA PASAR AWAM SLIM RIVER BAGI CADANGAN BERHUBUNG KENAIKAN KADAR SEWA BAHARU

KHAMIS, 18 JULAI 2024, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan sesi libat urus dengan penyewa Pasar Awam Slim River bagi cadangan berhubung kenaikan kadar sewa baharu. Sesi libat urus ini telah diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua MDTM. Sesi libat urus ini juga turut dihadiri oleh YB Ustaz Zulfadli bin Zainal ADUN Kawasan Slim, Encik Muhamad Alif Asyraf bin Abdul Rahim, Pegawai Khas Ahli Parlimen, Barisan Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua-ketua Jabatan MDTM serta penyewa-penyewa Pasar Awam Slim River. Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah untuk memohon pandangan bagi cadangan berhubung kenaikan kadar sewa baharu, membincangkan isu dan masalah yang timbul serta cadangan menaiktaraf Pasar Awam Slim River.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286959