Pada 11 Mac 2025 (Selasa), Sesi kunjungan hormat dan libat urus MDTM ke Pejabat KUDR, Ipoh dan Pejabat LAP HQ, Ipoh telah dilaksanakan susulan daripada keputusan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri (JPTI) Bil. 4/2025 bertarikh 20 Disember 2024 dan mesyuarat dalaman Unit-Mymudah.
Seramai 22 orang delegasi MDTM telah hadir yang diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM bersama Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua-Ketua Jabatan MDTM, dan Ahli Unit My-Mudah.
Manakala, di pihak KUDR pula diketuai oleh Encik Adham Nasri, CEO KUDR dan Puan Hasnita, Pengurus Koridor Negeri. Manakala di pihak LAP pula telah diwakili oleh Tuan Ir Lokman Abd Rahim, Pengurus Besar LAP dan Timbalan Pengurus Besar LAP bersama ketua-ketua jabatan. Tujuan sesi kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan mutu perkhidmatan MDTM terhadap setiap permohonan pembangunan yang masuk untuk diproses oleh pihak MDTM.
Ini secara tidak langsung dapat membantu merancakkan pembangunan Daerah khususnya demi menyediakan kemudahan dan keperluan pembangunan yang terbaik kepada penduduk Muallim.
Selain itu, sesi kunjungan hormat ini turut membantu mengeratkan kerjasama di antara pihak MDTM dengan pihak KUDR dan LAP dalam meneruskan usaha ke arah pembangunan daerah Muallim.
Oleh demikian, diharapkan dengan kerjasama ini dapat menyelesaikan isu-isu yang terkait di dalam pembangunan AHTV khususnya dan Daerah Muallim amnya.