Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

Roll -Call kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bandar (Cawangan Slim River) bersama Tuan Yang Dipertua Dan Tuan Setiausaha

4 Ogos 2023 (Jumaat) jam 6 .45 pagi  -  Yang Dipertua Tuan Mohd Ikram b Ahmad,  Setiausaha Tn Roslan b Kamaruzzaman bersama-sama Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan Pn Hjh Siti Aida bt Hj Rasidi  telah hadir bagi meninjau sesi roll -call yang  dilaksanakan oleh Penyelia  Bahagian Kebersihan  (cawangan  slim river) En Mohd Yusni b Yusof bersama dengan kakitangan cawangan Slim River.

Sesi roll call tersebut dimulakan dengan taklimat daripada Penyelia berkaitan tugas dan  pematuhan keperluan keselamatan sepanjang waktu bertugas.  Seterusnya ucapan diteruskan oleh Tuan Yang Dipertua MDTM. Dalam ucapan Tn Yang Dipertua,beliau  menitipkan nasihat dan memperingatkan kembali kepada semua kakitangan untuk sentiasa mematuhi prosidur kerja Dan sentiasa menambahbaik kecekapan perkhidmatan perbandaran  bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perbandaran kepada penduduk setempat.

Selesai sesi roll call, Tuan Yang Dipertua   berkesempatan untuk meninjau dan bersama- sama dengan kru pekerja pengurusan sisa pepejal membuat kerja- kerja kutipan sampah Dan aktiviti pembersihan dibeberapa lokasi sekitar Slim River.

#mdtmmajudanjaya

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
04 Ogos 2023

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961