Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM KOMUNITI MADANI DAN KAUNTER2U DAERAH MUALLIM 2024

Sabtu 8 Jun 2024 - Majlis Daerah Tanjong Malim bersama Ahli-Ahli Majlis MDTM telah mengadakan Program Komuniti Madani dan Kaunter2u Daerah Muallim 2024 bertempat di Balai Lintang Muallim, Tanjong Malim. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Aliff Ashraff, Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Tanjong Malim. Program ini juga diselitkan dengan persembahan silat oleh Persatuan Silat Seni Cekak Malaysia dari UPSI, persembahan tarian oleh pelajar SK Aminuddin Baki dan demonstrasi penangkapan ular oleh APM Daerah Muallim. Sebanyak 20 kaunter dan pameran dibuka untuk kemudahan orang awam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961