Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM IBADAH KORBAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 1445H/2024M MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Pada 19 Jun 2024 (Rabu), Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim (KESAN) telah mengadakan Program Ibadah Korban bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M bertempat di kawasan perkarangan MDTM. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut. Program ini telah disertai oleh Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MDTM. Program ini juga telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM. Beliau telah menyampaikan agihan daging korban kepada peserta korban dan kakitangan MDTM. Daging korban ini juga turut diagihkan kepada fakir miskin di kawasan Daerah Muallim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961