Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM CABUTAN UNDI TAPAK BAZAR RAMADAN TAHUN 2024/1445H

7 Mac 2024, Khamis - Program Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) bagi tahun 2024/1445H telah diadakan di Auditorium Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim.

Yang Dipertua MDTM, YBrs. Tuan Mohd Ikram bin Ahmad telah memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan berharap para peniaga dapat membuat persediaan secukupnya dari pelbagai aspek sebelum masing–masing memulakan perniagaan. Beliau juga turut berharap agar para peniaga dapat menyediakan juadah berbuka puasa dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya dari aspek kualiti dan kebersihan makanan.

Program diteruskan dengan taklimat Keselamatan dan Kualiti Makanan oleh Pegawai Teknologi Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, YBrs. Puan Foo Tze Yin dan Taklimat Pematuhan Peraturan dan Kempen Bazar Ramadan Lestari oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan MDTM, Puan Hajah Siti Aida binti Haji Rasidi serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDTM, Puan Raja Jasmin Suhana binti Raja Zainal Abidin.

Program turut dimeriahkan dengan booth pameran oleh syarikat CM Eco. Booth tersebut telah mempamerkan barang-barangan pembungkusan makanan mesra alam dan beg plastik mudah diurai.

Proses pengundian telah dilaksanakan dengan lancar. Sebanyak 393 tapak dengan 7 lokasi tapak Bazar Ramadan disediakan kali ini. Sehingga hari ini 361 tapak telah dimohon dan diisi oleh peniaga Bazar Ramadan tahun 2024/1445H. Selain itu, para peniaga juga dibekalkan dengan topi, pelapik meja dan apron seragam yang disediakan oleh pihak MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286960