Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PENILAIAN PENGANUGERAHAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN - MSOSH AWARD 2024

1 Ogos 2024, Khamis - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) melalui Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengambil langkah proaktif dengan menyertai Anugerah MSOSH Award yang dianjurkan oleh Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH).

Penyertaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak pengurusan tertinggi MDTM untuk meningkatkan pembudayaan amalan kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja dikalangan warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim. Melalui penilaian yang dijalankan, secara tidak langsung dapat membantu pihak Majlis mengambil tindakan yang efektif dalam menambahbaik sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Encik Mohd Rafi bin Remli, Lead Auditor MSOSH telah hadir dalam lawatan penilaian ini bagi menilai pematuhan piawaian yang ditetapkan. Proses penilaian ini melibatkan semakan dokumentasi dan lawatan ke lapangan bagi memastikan pemeriksaan terhadap prosedur keselamatan, latihan pekerja, pemahaman dan pematuhan kepada peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Dengan penyertaan ini, MDTM berharap dapat mencapai piawaian keselamatan dan kesihatan yang lebih baik, sekaligus meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti kakitangan.

'Kerja Yang Selamat Dan Sihat Amalan Kita'

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286959