Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MUALLIM CAR FREE DAY 2022 BERTEMAKAN #KELUARGA MALAYSIA

24/9/2022 (Sabtu) - "MUALLIM CAR FREE DAY 2022 BERTEMAKAN #KELUARGA MALAYSIA" telah berlangsung dengan jayanya dibawah inisiatif LOCAL AGENDA 21 anjuran bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Program ini merupakan inisiatif Majlis Daerah Tanjong Malim dalam merealisasikan Program Local Agenda (LA21) di bawah Kluster 8: Sukan dan Rekreasi yang menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam mengamalkan budaya hidup sihat, di samping memberi pendidikan kepada komuniti berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar dari sudut mengurangkan pembebasan asap kenderaan yang memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Program ini telah bermula seawal jam 7.00 pagi dengan pelbagai aktiviti diadakan antaranya adalah Kayuhan Bunga Cengkih, Community Walk, Zumba, Demonstrasi Seni Graffiti, Pertunjukan Skateboarding, Persembahan Kebudayaan dari pelajar-pelajar SMJK Katholik Tanjong Malim, Persembahan Silat dari Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Cawangan Daerah Batang Padang, Buskers dan Cabutan Bertuah.

Acara utama program iaitu Kayuhan Bunga Cengkih telah disempurnakan pelepasannya oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Slim, YB Tuan Mohd Zaidi bin Aziz yang turut hadir ke program ini bersama Yang Dipertua MDTM, Tuan Mohd Ikram bin Ahmad yang mengetuai Kayuhan Bunga Cengkih dengan jarak laluan 20 kilometer sehingga ke Proton City sebelum kembali semula ke tapak utama program iaitu di Dataran RM Idris, Tanjong Malim. Turut bersama dalam pelepasan ini adalah Ahli-ahli Majlis MDTM dan ketua-ketua jabatan MDTM. Seterusnya bagi pelepasan acara Community Walk, ianya telah diketuai oleh Clr. Puan Habibah binti Yaakob, Ahli Majlis Majlis Daerah Tanjong Malim yang juga Pengerusi Combi Daerah Muallim yang mana peserta-peserta yang terlibat bagi acara ini telah berjaya mengumpulkan sampah seberat hampir 520kg yang dikutip dari sekitar pekan Tanjong Malim.

Pelbagai pameran dan pertandingan juga telah diadakan bagi memeriahkan program Muallim Car Free Day 2022 ini antaranya Pemeriksaan Kesihatan oleh Bulan Sabit Merah Daerah Muallim, pameran dan demonstrasi pemadaman kebakaran dari Balai Bomba Daerah Muallim, pameran dan aktiviti memanah dari Persatuan Eco-Pelancongan Muallim dan juga Hotwheels Challenge.

Program Muallim Car Free Day 2022 ini telah melabuhkan tirainya sekitar jam 12.00 tengahari. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini dan seterusnya berjaya merealisasikan objektif penganjuran program. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada Bahagian Trafik IPD Muallim atas kerjasama bantuan iringan semasa acara Kayuhan Bunga Cengkih dan juga McDonalds Malaysia yang telah menaja makanan bagi peserta-peserta dan orang awam yang hadir ke program ini.

Semoga penganjuran program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan penglibatan lebih banyak agensi dan warga Muallim khususnya.

#LA21 #KPKT #MDTM #muallimpermataperak #adventuremuallim

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961