Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN HORMAT OLEH MAJLIS PERBANDARAN KULAI (MPKU)

Pada 7 Mei 2024, Suatu kunjungan Hormat oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) ke Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah diadakan bagi meraikan hubungan bersahabatan di antara MPKu dan MDTM di dalam memartabatkan proses Kelulusan Permohonan Kebenaran Merancang secara Pantas yang melibatkan pembangunan industri yang turut dikenali ‘Kulai Fast Lane’ (KFL) di MPKu dan ‘Muallim Speed Lane’ (MSL) di MDTM. Sesi kunjungan hormat ini telah diadakan di bilik Mesyuarat Seri Malim, tingkat 4 Blok A, Bangunan MDTM. Seramai 49 orang deligasi daripada MPKu telah hadir yang di ketuai oleh En Azmee bin Awang, Setiausaha MPKu. Manakala, di pihak MDTM ketua deligasi adalah En. Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM dan ketua-ketua jabatan MDTM.

Tujuan Utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk melihat pelaksanaan ‘Muallim Speed Lane’ (MSL) di MDTM untuk dijadikan contoh penambahbaikan yang perlu kepada Kulai Fast Lane (KFL). Antara perkara yang telah dibincangkan adalah berkaitan dengan koordinasi di antara pihak urusetia permohonan secara pantas dengan agensi-agensi teknikal yang memberikan ulasan, Pendaftaran permohonan projek dibawah inisiatif Industri Green Lane di peringkat OSC dan lain-lain. Hasil daripada perbincangan ini telah membantu kedua-dua pihak dalam usaha untuk menambahbaik proses permohonan di kedua-dua belah pihak kelak.

Setelah selesai sesi kunjungan hormat, satu sesi lawatan tapak telah diadakan ke kawasan kilang EP Polymer yang terletak di Vendor Park, Proton City. Di mana, tujuan lawatan tapak ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengoperasian syarikat vendor di kawasan bandar proton.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961