Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

HARI TANPA KENDERAAN MUALLIM 2023 (MCFD'23)

27 Mei 2023 (Sabtu) - Lebih 500 orang pengunjung telah hadir memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Muallim Bil.1/2023 (MCFD'23). Program usahama Majlis Daerah Tanjong Malim bersama agensi awam, institut pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti daerah Muallim ini bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti berkaitan pentingnya menjaga alam sekitar, disamping menggalakkan budaya hidup sihat di kalangan komuniti setempat.

Program ini turut dihadiri ADUN Behrang, YB Puan Salina Samsudin, Orang Besar Jajahan Daerah Muallim, YDH. Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad dan Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI, YBrs. Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin.

Pelbagai pengisian/aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tempoh bermula 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi, antaranya:

1. Walk For Life - Plogging

2. Recycle Programme & Eco Free Market

3. Demonstrasi Seni Bela Diri (Silat Gayong, Taekwondo & Muay Thai)

4. Fitness Challenge - Wall Abseiling

5. Fitness Challenge - Endurolift

6. Pertandingan Mewarna

7. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

8. Manicure

9. Booth Gimnasium/Kesihatan

10. Demonstrasi Seni Graffiti

11. Pertandingan Skateboard

Terima kasih kepada semua rakan usahasama dan komuniti yang sama-sama menyokong dan memeriahkan program.

Nantikan Hari Tanpa Kenderaan Muallim Bil.2/2023 dengan tema dan pengisian/aktiviti yang berbeza, dijangka akan dilaksanakan pada bulan Julai 2023.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961