Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM SIHAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Tanjong Malim, 14 Ogos 2026 (Jumaat) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Program Sihat bersempena Bulan Kemerdekaan bertempat di perkarangan Lobi Blok A, MDTM.

Program yang melibatkan pegawai dan kakitangan MDTM ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Kebesaran Negeri Perak serta lafaz Ikrar Rukun Negara. Para peserta kemudiannya mengikuti senaman ringan sebelum Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM melepaskan peserta slow jogging.

Selepas selesai aktiviti slow jogging, semua peserta kembali berkumpul di Lobi Blok A, MDTM bagi meneruskan aktiviti Big Cleaning EKSA di jabatan dan unit masing-masing.

Penganjuran program ini turut menggabungkan aktiviti kecergasan bersama aktiviti kebersihan di persekitaran tempat kerja, sekali gus memberi pengisian yang bermanfaat kepada warga MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 18/08/26 • Jumlah Pelawat : 21286987