24 Ogos 2026 - Isnin. Bertempat di Bilik Gerakan MOSTI, Aras 7, Blok C5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Muallim Bilangan 8 Tahun 2026 telah diadakan bagi membincangkan perkembangan serta pelaksanaan program dan projek pembangunan di Daerah Muallim.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).
Antara agenda utama yang dibincangkan adalah taklimat penyelarasan proses aduan MCMC dan penggunaan aplikasi MCMC Nexus, status pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) serta laporan pelaksanaan program dan projek pembangunan.
Mesyuarat turut disusuli dengan sesi perjumpaan bersama Yang Berhormat Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Tanjong Malim.
Semoga kerjasama strategik antara agensi dapat terus diperkukuh demi memastikan agenda pembangunan Daerah Muallim dilaksanakan secara berkesan, menyeluruh dan memberi manfaat kepada masyarakat.
“Malaysia MADANI”
“Berkhidmat Untuk Negara”