Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DIGITAL myPATIL DI KAWASAN PENTADBIRAN MDTM

22 & 25 Apr 2024 (Isnin & Khamis) - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pelaksanaan Lesen Premis Perniagaan Digital myPatil di kawasan pentadbiran MDTM. Sesi libat urus tersebut telah diadakan sebanyak dua (2) siri yang melibatkan kawasan Tanjong Malim serta Behrang dan kawasan Slim River. Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad (Yang Dipertua MDTM), barisan Ahli Majlis MDTM, Ketua-Ketua Jabatan MDTM, Encik Mohd Syahid bin Mohd Zaini (Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Tanjong Malim), Clr Encik Mohd Nazri bin Mohd Hashim (Pegawai Khas YB ADUN Behrang), Encik Ammar Ariffin bin Nasaruddin (Pegawai Khas YB ADUN Slim), wakil persatuan-persatuan peniaga dan penjaja dan semua pelesen premis perniagaan dan perindustrian di Daerah Muallim.

Tujuan sesi libat urus adalah untuk menyampaikan taklimat pelaksanaan myPATIL yang akan bermula pada bulan Mei 2024. MDTM menyasarkan 2,500 premis perniagaan berlesen di kawasan operasi MDTM bagi menggunakan myPATIL secara berperingkat. Selain itu, myPATIL adalah lesen premis digital pertama di Malaysia yang berasaskan teknologi pintar Internet of Things (IOT) bagi menggantikan kaedah lesen konvensional dalam bentuk kertas dan papan lesen sedia ada di semua premis perniagaan berlesen.

Taklimat berkaitan pelaksanaan Sistem myPATIL telah disampaikan oleh Encik Norhan bin Manaf, Pengarah Pemasaran Gates IT Solution Sdn. Bhd. kepada semua pelesen premis perniagaan yang hadir dalam sesi libat urus ini. Semoga lesen premis digital myPATIL dapat memberi impak positif di kalangan peniaga khususnya memudahkan urusan memperbaharui lesen dan urusan perniagaan dengan hanya menggunakan aplikasi myPATIL di telefon pintar.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961