PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (RTD) MUALLIM 2035 (PENGUBAHAN 2) MELIBATKAN PENGUBAHAN ZON GUNA TANAH SEBAHAGIAN BLOK PERANCANGAN (BP 1) MUKIM HULU BERNAM TIMUR: KAWASAN AHTV / BANDAR PROTON
Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf RancanganTempatan Daerah (RTD) Muallim 2035 (Pengubahan2) diadakan bermula dari 12 September 2024 sehingga 12 Oktober 2024 bertempat di Majlis Daerah Tanjong Malim, PLANMalaysia Negeri Perak, Bangunan Seri Perak, Ipoh, Pejabat Daerah Tanah Muallim, Slim River dan Warisan Avenue, Proton City, Tanjong Malim.
Publisiti ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di atas lot-lot tanah yang terlibat dalam pengubahan ini.
Tuan-puan dijemput ke program publisiti ini bagi memberikan pandangan / cadangan dan boleh terus mengakses ke QR untuk mendapatkan laporan publisiti dan borang bantahan.