Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Pemakluman Kawalan Penularan Covid-19 di Tempat Kerja

Berikutan kenaikan bilangan kes positif Covid-19 di Daerah Muallim, pihak JKKP MDTM mengambil tanggungjawab dalam memberi kesedaran dan memberitahu langkah pencegahan yg perlu di ambil pada setiap masa ketika berada di dalam bangunan MDTM.

💡 Semua kakitangan dan orang awam digalakkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di premis MDTM.
🧴 Kerapkan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
🤧 Amalkan etika batuk atau bersin yang baik.
🏬 Disenfeksi ruang kerja peribadi seperti meja,tombol,telefon dan lain-lain dengan kerap.
📍 Elakkan berada ditempat sesak seperti di lif ,pantri, surau dan tempat rehat.
☎️ Sekiranya anda atau rakan sekerja anda disahkan positif Covid-19, anda perlu membuat pemberitahuan kepada urusetia Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan) bagi tujuan rekod.

- Urusetia Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MDTM -

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961