a. Menyediakan persekitaran hidup yang sejahtera, sihat dan selamat kepada kumpulan sasar menerusi penyediaan peluang-peluang meningkatkan pendapatan dan pekerjaan serta peningkatan aksesibiliti kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas dan awam
b. Memupuk semangat berdikari dan daya tahan kumpulan sasar melalui program pembinaan dan bina upaya.
a. Menghapuskan golongan kemiskinan tegar menjelang tahun 2009 tanpa mengira kumpulan etnik.
b. Meningkatk n kualiti hidup kumpulan Sasar ke paras yang selaras dengan Indkes Kualiti Hidup Malaysia @ Malaysia Quality of Life (MQLI) yang mencakupi bidang-bidang pendidikan, kesihatan, perumahan yang mampu dimiliki dan rekreasi supaya mereka tidak tersisih dari arus pembangunan bandar; dan
c. Membawa perubahan minda dan menanam sikap positif di kalangan kumpulan sasar
SENARAI BANTUAN YANG DISEDIAKAN DIBAWAH PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
1. PERUMAHAN KELUARGA MISKIN
- Bantuan Sewa Rumah.
Rumah PPR(MTEN)
PPR Disewa
Rumah Majlis
Rumah Transit
Rumah Milik Persendirian
Bilik
* Rumah Setinggan Tidak Layak.
2. PENGURANGAN BEBAN TANGGUNGAN KELUARGA
- Bantuan Perbelanjaan/Persiapan Kemasukan Ke Institusi Pendidikan/Kemahiran
One Off
Diberi kepada setiap anak di dalam sesuatu keluarga
- Bantuan Perbelanjaan Untuk Jagaan Kanak-Kanak
Ibu yang bekerja buat kali pertama
- Bantuan Kos Pengangkutan Ke Sekolah & Tempat Kerja
Pelajar sekolah rendah&menengah
Ibu yang bekerja buat kali pertama
- Bayaran Kos Dialisis Dan Pengangkutan Ke Pusat Dialisis
Hospital/Pusat Swasta/Pusat NGO.
3. PENJANAAN PENDAPATAN KELUARGA
- Peluang Pekerjaan.
4. PENDIDIKAN & LATIHAN.
- Latihan Kemahiran
Kepada ahli keluarga yang layak
Yang berpotensi untuk memulakan/meneruskan perniagaan/pekerjaan
- Program Motivasi
Layak kepada semua ahli keluarga
5. BANTUAN IHSAN PENDUDUK MISKIN DI BANDAR.
- Bantuan Ihsan.
Diberhentikan kerja disebabkan masalah syarikat/majikan
Musnah tempat kediaman
Hilang upaya akibat kemalangan (bekerja sendiri)
Kematian Ketua Keluarga
Musnah tempat bekerja (bekerja sendiri)
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh datang sendiri ke Majlis Daerah Tanjong Malim , dan berhubung dengan Pegawai Penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.