Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan suatu usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat dengan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi membantu meningkatkan produktiviti warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dikalangan warga kerja MDTM melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Melalui pelaksanaan amalan EKSA ini dapat membantu warga MDTM merancang dan melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan juga dapat meningkatkan keselamatan, keselesaan dan keceriaan bekerja bagi warga MDTM.
Klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
BLOG RASMI EKSA MDTM