Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

ZIARAH PRIHATIN MDTM: MENGIRINGI PERJUANGAN SEORANG WARGA

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) menzahirkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan apabila mengadakan ziarah kepada salah seorang kakitangannya, Abdul Jamil bin Rahim, Pembantu Penguatkuasa MDTM yang kini sedang berjuang melawan penyakit kanser usus.

Ziarah tersebut turut disertai oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, bersama beberapa pegawai MDTM sebagai tanda sokongan moral dan solidariti terhadap warga kerja yang sedang diuji dengan masalah kesihatan serius.

Dalam suasana penuh empati dan keinsanan, Dr Yang Dipertua turut menyampaikan sedikit sumbangan dan meluangkan masa bertanya khabar serta menyampaikan kata-kata semangat kepada saudara Abdul Jamil.

Kehadiran kepimpinan tertinggi MDTM ini mencerminkan komitmen organisasi dalam menjaga kebajikan kakitangan bukan sahaja di tempat kerja, malah ketika berdepan saat-saat sukar dalam kehidupan.

Menurut Dr Yang Dipertua, nilai kemanusiaan, kebersamaan dan keprihatinan merupakan teras penting dalam membentuk sebuah organisasi yang berdaya tahan dan berjiwa rakyat.

Ziarah seumpama ini diharap dapat memberi kekuatan emosi serta sokongan moral kepada saudara Abdul Jamil agar terus tabah dan bersemangat dalam menghadapi rawatan.

MDTM sentiasa mendoakan agar saudara Abdul Jamil diberikan kesembuhan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan, disamping berharap semangat kebersamaan ini terus menjadi budaya dalam perkhidmatan awam.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969