YDP MDTM SUMBANG BANTUAN KEPADA GOLONGAN MISKIN TEGAR
TANJONG MALIM, 14 OKTOBER 2025 – Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada Puan Paini, seorang penduduk miskin tegar di Kampung Ketoyong yang menjaga cucu berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).
Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga tersebut serta menunjukkan keprihatinan MDTM terhadap masyarakat yang memerlukan.
Inisiatif ini turut memperkukuh komitmen MDTM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi kesejahteraan penduduk setempat.






