Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

YDP MDTM HADIRI KEJOHANAN MTB KEBANGSAAN 2026, PROMOSI TANJONG MALIM SEBAGAI DESTINASI SUKAN BERBASIKAL BERTARAF DUNIA

PUTRAJAYA, 18-19 Julai 2026 – Dr Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah memenuhi jemputan Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PBKM) bagi menghadiri Kejohanan Mountain Bike (MTB) Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Putrajaya Challenge Park (PCP).

Kehadiran Dr YDP MDTM merupakan tanda sokongan terhadap penganjuran kejohanan yang menghimpunkan atlet-atlet berbasikal dari seluruh negara. Kejohanan ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu, meningkatkan prestasi atlet serta memperkukuh pembangunan sukan berbasikal di Malaysia.

Kejohanan ini menyaksikan persaingan sengit MTB dalam kategori Down Hill (DH), Cross Country Olympic (XCO) dan Cross Country Eliminator (XCE) yang dipertanding, sekali gus dimeriahkan dengan kehadiran para pegawai, penyokong dan peminat sukan berbasikal.

Sehubungan itu, MDTM dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Tanjong Malim YDP Cup Mountain Bike International Challenge UCI Class 2 Race 2026 yang dijadualkan dari 10 hingga 15 November 2026. Kategori MTB yang bakal dipertanding adalah XCO, XCE, Urban Criterium dan Cycle For All (Jamboree).

Kejohanan bertaraf antarabangsa tersebut dijangka menghimpunkan pelumba dari dalam dan luar negara, sekali gus mengangkat Tanjung Malim, khususnya, dan Daerah Muallim, amnya, sebagai destinasi sukan berbasikal bertaraf dunia serta memperkukuh kedudukan sebagai hab sukan berbasikal di Malaysia, selaras dengan penjenamaan Adventure-Muallim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 23/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286987