Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

YANG DIPERTUA MDTM HADIR MAJLIS IFTAR PPTD CAWANGAN PERAK 2026

IPOH, 13 Mac 2026 – Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, telah menghadiri Majlis Iftar Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Negeri Perak 2026 yang berlangsung di Miker Signature, Medan Gopeng, Ipoh.

Majlis yang menghimpunkan ahli-ahli PPTD dari pelbagai jabatan negeri dan persekutuan Negeri Perak ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penjawat awam, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan diikuti ucapan oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Pengerusi PPTD Cawangan Perak sebelum diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas dan majlis berbuka puasa bersama.

Kehadiran Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman pada majlis tersebut turut mencerminkan sokongan serta komitmen dalam memperkukuhkan hubungan jaringan profesional dan kerjasama antara penjawat awam di negeri ini.

Majlis berakhir dalam suasana penuh muhibah dan ukhuwah, selari dengan semangat Ramadan yang menggalakkan amalan kebersamaan dan perpaduan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969