TANJONG MALIM, 6 Mei 2026 – Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, telah dijemput untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Kad Keahlian STAR Wellness HUB, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis berkenaan telah berlangsung pada Rabu, 6 Mei 2026, bertempat di STAR Wellness HUB, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelancaran tersebut telah disempurnakan bersama Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim, Puan Siti Nurbaya Binti Zambri serta Pengurus Cawangan Bank Rakyat Tanjong Malim, Encik Rizal bin Radzi.Penganjuran majlis ini bertujuan memperkenalkan Kad Keahlian STAR Wellness HUB yang akan memudahkan urusan pengguna dalam menggunakan kemudahan fasiliti sukan di UPSI.Pelaksanaan inisiatif ini juga dilihat sebagai usaha positif dalam menggalakkan gaya hidup sihat, aktif dan seimbang dalam kalangan warga universiti serta komuniti setempat.Majlis Daerah Tanjong Malim menyambut baik jemputan ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa kesejahteraan komuniti melalui kemudahan sukan dan kesihatan yang lebih tersusun.