Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

WALKABOUT BAZAR RAMADAN RAHMAH 2026 DAN KEMPEN TIADA BEG PLASTIK JINJIT

5 Mac 2026- Bertempat di Tapak Bazar Ramadan Slim River, Dr Shazree Bin Wahab Abd Rahman, Yang Dipertua MDTM telah hadir ke program Walkabout Bazar Ramadan anjuran KPDN (Cawangan Tapah) bagi bersama-sama menjayakan program Bazar Ramadan Rahmah Tahun 2026 (BRR).

Turut hadir sama Encik Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, En. Mohd Badrul Hisyam bin Ahmad Alias, Ketua Cawangan KPDN Cawangan Tapah dan pegawai-pegawai daripada kedua-dua agensi.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, disamping menyemarakkan aktiviti ekonomi sepanjang bulan Ramadan.

Objektif utama adalah untuk memberi nilai tambah kepada peniaga dan pengguna melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Melalui Inisiatif ini, insentif dalam bentuk kredit e-dompet akan diberikan bagi menggalakan transaksi tanpa tunai sebanyak RM20 (pengguna) dan RM 100 (peniaga secara one off).

Pada masa yang masa, kempen tiada beg plastik sekali guna @ jinjit terus dilaksanakan dan sebanyak 100 unit beg kitar semula telah diedarkan kepada pengunjung bazar sebagai insentif bagi menggalakan tiada penggunaan beg plastik jinjit bagi pembungkusan barang yang dibeli.

JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN
MDTM

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969