Program Townhall Ekopelancongan Sihat & Selamat Daerah Muallim telah berjaya dilaksanakan pada 10 Februari 2025 (SELASA) bertempat di Dewan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, dan turut dihadiri oleh Dr. Diana Safraa Selimin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam / Pejabat Kesihatan Daerah Muallim.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Bersama-sama kita menyokong dan memperkasa ekopelancongan yang sihat, selamat dan mampan di Daerah Muallim.