20 Ogos 2025 (Rabu) - Pelbagai masalah dan tekanan yang dialami dalam kehidupan boleh meninggalkan kesan yang besar terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi insan. Tekanan yang tidak terkawal dan gagal diruskan berpotensi mengakibatkan penyakit mental iaitu gangguan kesihatan yang melibatkan perubahan pada pemikiran, emosi atau tingkah laku kesan daripada kesukaran untuk menanggung tekanan dalam rutin kehidupan. Lebih parah lagi, sekiranya gangguan mental tidak diberikan perhatian yang sewajarnya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Dalam situasi di tempat kerja misalnya, isu kesihatan mental yang tidak ditangani secara berhikmah boleh memberikan impak yang besar terhadap produktiviti organisasi.
Sehubungan itu, Majlis Daerah Tanjong Malim juga tidak terkecuali dalam menganjurkan taklimat berkaitan Pengurusan Stress dan Kesedaran Kesihatan Mental bagi tahun 2025 yang telah disampaikan oleh , Puan Nur Syhela Rizki Binti Heppy Zet, Pegawai Psikologi Kaunseling daripada Pejabat Kesihatan Daerah Muallim.
Diharapkan dengan perkongsian ilmu yang diberikan dapat membantu pegawai dan kakitangan MDTM mengawal emosi dan tekanan seterusnya dapat memastikan kesihatan mental berada di tahap yang paling baik.