7 September 2025 (Ahad) - Perlawanan akhir bola sepak yang diadakan pada jam 4.30 petang bertempat di Padang Awam Dato' Mohd Khusairi Slim River ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim. Beliau telah melapangkan masa untuk memberi semangat kepada pasukan MDTM FC serta menyaksikan perlawanan akhir yang berakhir dengan keputusan MDTM FC (2) - PBFWT FC (3)