Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK BAGI REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) CADANGAN PEMBANGUNAN BERCAMPUR SECARA USAHASAMA

30/3/2026 , ISNIN - Satu sesi taklimat dan lawatan tapak bagi Request for Proposal (RFP) Untuk Cadangan Pembangunan Bercampur Secara Usahasama Di Atas 87 Plot Tanah Milik Majlis Daerah Tanjong Malim (Mdtm) Seluas Kira-Kira 21.894 Ekar, Jalan Maktab, Bandar Tanjong Malim, Mukim Hulu Bernam Timor, Daerah Mualim, Perak Darul Ridzuan telah diadakan bertempat di Auditorium MDTM, Tingkat 3, Kompleks Pentadbiran MDTM, Bandar Behrang 2020. Sesi taklimat telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua, Majlis Daerah Tanjong Malim iaitu Dr Shazree Idzham Bin Haji Wahab Abdul Rahman, A.M.P.

Tuan Yang Di Pertua telah memberikan makluman kepada para pembida yang hadir agar melihat projek pembangunan ini sebagai salah satu projek yang memberikan impak yang besar kepada Bandar Tanjong Malim khususnya dan akan menjadi salah satu kawasan ikonik di Daerah Muallim. Ianya selaras dengan halatuju MDTM menuju ke arah perbandaran menjelang tahun 2029. Beliau juga menekankan penerapan elemen Smartcity (Bandar Pintar) dalam cadangan komponen pembangunan yang dicadangkan sejajar MDTM ke arah Early Adopter. Selain itu cadangan ini juga perlu melihat kepada elemen Safety City bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman penduduk serta konsep Transit Oriented Development (TOD) yang akan menjadi tarikan kepada projek pembangunan ini memudahkan aksesibiliti kepada setiap komponen.

Sesi taklimat telah dihadiri seramai 16 pembida iaitu syarikat/pemaju yang berminat bagi cadangan pembangunan projek pembangunan Jalan Maktab dan dihadiri bersama Ketua-ketua Jabatan Dalaman MDTM. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan & Landskap, MDTM iaitu En.Saiful Nizam Bin Yamegun dan diteruskan dengan lawatan ke tapak projek. Tuan Yang Di Pertua memohon kepada mana-mana pembida / syarikat yang berjaya kelak agar memastikan projek ini akan dapat siapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286955