17 Disember 2024, Selasa - MDTM telah mengadakan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis yang terakhir bagi tahun 2024 dan seterusnya sesi ramah mesra bersama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri MOSTI merangkap Ahli Parlimen Tg Malim bertempat di Bilik Gerakan Aras 7 Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Putrajaya.
Manakala pada jam 2.00 petang, Lawatan ke Parlimen Malaysia telah diadakan. Objektif lawatan ini adalah memberi peluang dan pendedahan tentang amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia serta dapat mengamalkan kaedah tersebut di dalam mesyuarat penuh yang diadakan pada setiap bulan.