Shah Alam, 18 Mei 2026 – Sesi perbincangan dan pembentangan Mu-Doh Cutter Versi 2 telah berlangsung dengan jayanya. Sesi ini melibatkan kumpulan EY-RIS bersama Majlis Daerah Tanjong Malim bagi pembentangan penghasilan R&D Mu-Doh Cutter Version 2 yang telah dibangunkan oleh kumpulan EY-RIS dengan kerjasama perunding inovasi Eagle Attech Sdn Bhd serta Universiti Teknologi MARA menerusi Geran Government R&D & C&I-Sector Fund daripada Kementerian Ekonomi bernilai RM50,000.00.
Turut hadir ialah Yang Dipertua MDTM, Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman bagi memberikan sokongan serta pandangan terhadap pembangunan inovasi tersebut. Perbincangan ini juga menjadi platform perkongsian idea dan pandangan teknikal dalam usaha memperkukuhkan kualiti produk sebelum dibangunkan ke peringkat seterusnya. Semoga pembangunan Mu-Doh Cutter Versi 2 terus dipermudahkan serta mampu memberi manfaat kepada organisasi dan masyarakat.