Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI PERBINCANGAN AWAL MAJLIS SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2026 ANTARA PLANMALAYSIA PERAK DAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

2/4/2026 (Khamis) – Satu sesi kunjungan hormat dan perbincangan dari PLANMalaysia N.Perak berkaitan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HBPS) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Malim, MDTM.

Rombongan PLANMalaysia N.Perak diketua oleh Puan Syazlina Bt Bahari, Timbalan Pengarah PLANMalaysi N.Perak bersama dengan TPr Hjh. Faridahwati Binti Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Korporat, En. Muhaimi Bin Mohamed, Unit Inovasi, Pengurusan Kualiti dan Komunikasi Korporat, Nor Faizal B Arshad @ Ismail, Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan (KESUBA) PlanMalaysia Perak dan wakil pegawai dari PLANMalaysia N.Perak.

Tuan Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada PLANMalaysia N.Perak kerana telah memilih Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) sebagai Tuan Rumah HPBS Tahun 2026 dan berharap ianya dapat menjadi satu platform kerjasama merentas agensi bagi perlaksanaan program untuk kebaikkan semua pihak. Sesi tersebut juga telah dihadiri oleh Tuan Roslan Bin Kamaruzzaman, Setiausaha, MDTM dan Ketua-ketua Jabatan MDTM.

Sesi perbincangan awal ini adalah bagi tujuan untuk merancang dan membincangkan program-program yang akan dilaksanakan serta mendapatkan pandangan dan idea-idea sepanjang HBPS N.Perak Tahun 2026 ini berlangsung. Pihak PLANMalaysia N.Perak telah membentangkan cadangan awal yang mana HPBS ini yang dijadualkan berlangsung pada 12 November 2026 di Daerah Muallim.

Di harap program-program yang disusun dan dirancangkan ini tidak semata-mata tertumpu kepada agensi kerajaan semata-mata namun penakakan dan tumpuannya adalah untuk komuniti dan masyarakat di Daerah Muallim. Di dalam masa yang sama juga adalah untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PLANMalaysia dalam pembangunan Mampan, Agenda Pembangunan Negara dan lain-lain yang disediakan kepada orang awam.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286955