3 September 2025 (Rabu) - Tahniah diucapkan atas pelantikan dan kenaikan pangkat yang diterima. Semoga dengan anugerah tanggungjawab baharu ini, ia menjadi satu dorongan dan pembakar semangat untuk terus memberikan komitmen yang tinggi serta menjalankan tugas dengan lebih cemerlang, berintegriti dan penuh dedikasi. Semoga kejayaan ini juga menjadi inspirasi kepada rakan sekerja yang lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing. Selamat maju jaya dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh iltizam.