Tanjong Malim, 21 Mei 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan sesi pengenalan Pegawai Khas (Pegawai Kawasan) bersama Pegawai Penyelaras yang dilantik di Bilik Mesyuarat Sri Malim, MDTM. Selain sesi pengenalan yang diadakan sebelum Mesyuarat Penuh MDTM bermula, semua pegawai yang terlibat turut diberikan taklimat berkaitan skop tugas, kaedah pelaporan serta kepentingan kerjasama antara jabatan dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan MDTM kepada komuniti setempat.
Dr. Yang Dipertua MDTM berharap pelantikan Pegawai Khas (Pegawai Kawasan) dan Pegawai Penyelaras dapat membantu meningkatkan keberkesanan pentadbiran, mempercepatkan tindakan terhadap isu-isu tempatan serta menyokong aspirasi perkhidmatan yang lebih responsif dan mesra rakyat.