TANJONG MALIM, 8 April 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) hari ini telah mengadakan sesi perbincangan serta pembentangan daripada delegasi Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR)serta Maju Perak bagi Projek Inisiatif Smart Kudrat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Malim, Tingkat 4, MDTM.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman dan turut dihadiri Tuan Setiausaha MDTM, Ketua Jabatan Perancang, wakil Ketua Jabatan Kejuruteraan, wakil Ketua Unit OSC, Ketua Jabatan Undang-Undang MDTM serta pegawai-pegawai berkaitan.
Sesi pembentangan oleh KUDR ini adalah bagi melihat hasil cerapan data utiliti yang telah dilaksanakan melibatkan jajaran sepanjang 10km di kawasan industri Bandar Proton dan Bandar Behrang 2020.
Ianya merupakan salahsatu 'pilot project' pelaksanaan teknologi GDT (Geospatial Digital Twin Technology) oleh KUDR yang pertama di Negeri Perak dalam masa yang sama boleh dimanfaatkan oleh MDTM, khususnya dalam menyokong operasi utama dalam panduan untuk membuat keputusan permohonan kelulusan pelan pembangunan khususnya inisiatif Muallim Speed Lane serta bandar pintar di kawasan pentadbiran MDTM.
Ianya juga merupakan kerjasama strategik antara MDTM dan KUDR dalam memperkasa penggunaan teknologi pintar, berimpak tinggi dan berteraskan data. MDTM komited untuk terus meneroka penggunaan teknologi inovatif seiring aspirasi bandar pintar dan tadbir urus mampan demi kesejahteraan masyarakat setempat