Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) PERINGKAT MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Pada 21 Oktober 2024 (Isnin), MDTM telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) bagi pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (SSPA) peringkat MDTM yang disempurnakan oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM. Seiring dengan aspirasi nasional yang memberi fokus terhadap keberkesanan dan pencapaian keberhasilan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan bagi memenuhi harapan rakyat serta pemegang taruh yang semakin meningkat. SSPA adalah berpaksikan kepada falsafah ganjaran menyeluruh (total rewards) merangkumi skim perkhidmatan, urusan perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, persaraan dan faedah persaraan kearah peningkatan motivasi, prestasi dan produktiviti perkhidmatan awam. SLU ini juga turut diadakan sesi menandatangani borang opsyen SSPA oleh kakitangan MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/12/24 • Jumlah Pelawat : 21286960