Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS PEMANTAPAN PENYERAGAMAN PROSES DAN PROSEDUR KELULUSAN PEMBANGUNAN DI PBT

PUTRAJAYA, 10 Julai 2026 – Usaha memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam terus diperkasa menerusi Sesi Libat Urus Pemantapan Penyeragaman Proses dan Prosedur Kelulusan Pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, hari ini.
Sesi libat urus itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib.

Program ini bertujuan menilai keberkesanan proses dan prosedur kelulusan pembangunan di PBT serta mengenal pasti isu, cabaran dan ruang penambahbaikan ke arah penyeragaman pelaksanaan di seluruh negara.

Yang Di Pertua MDTM bersama Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Bangunan serta Ketua Unit OSC, MDTM turut hadir bagi Sesi Libat Urus ini bagi membantu menyokong perlaksanaan memudahcara proses pembangunan. Bagi MDTM, melalui inisiatif Muallim Speed Lane telah menjadi salahsatu kaedah dalam memudahcara Ease Doing Business di peringkat Kementerian bagi membantu pelabur melalui Industrial Green Lane(IGL).

Sesi ini turut menjadi platform mendapatkan pandangan Kerajaan Negeri, PBT, agensi teknikal dan pihak berkepentingan bagi memperkukuh pelaksanaan Manual OSC 3.0 Plus dan Sistem OSC 3.0 Plus Online agar lebih cekap, telus dan konsisten.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Komuniti), KPKT, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali, pegawai kanan JKT serta wakil PBT dari seluruh negara.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286972