Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS DENGAN PENYEWA PASAR AWAM TANJONG MALIM BAGI CADANGAN BERHUBUNG KENAIKAN KADAR SEWA BAHARU

JUMAAT, 21 JUN 2024, MDTM telah mengadakan sesi libat urus dengan penyewa Pasar Awam Tanjong Malim bagi cadangan berhubung kenaikan kadar sewa baharu. Sesi libat urus ini telah diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Barisan Ahli Majlis MDTM, Ketua-ketua Jabatan MDTM serta penyewa-penyewa Pasar Awam Tanjong Malim. Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah untuk memohon pandangan bagi cadangan berhubung kenaikan kadar sewa baharu, membincangkan isu dan masalah yang timbul serta cadangan menaiktaraf Pasar Awam Tanjong Malim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 12/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961