Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS BERSAMA SYARIKAT PEMBEKAL PERKHIDMATAN BERKAITAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

20 Mac 2024- Satu sesi libat urus bersama syarikat pembekalan perkhidmatan berkaitan penambahbaikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam telah diadakan di Auditorium MDTM pada jam 9.00 pagi tadi.

Antara tujuan pelaksanaan libat urus ini adalah untuk berkongsi cadangan, idea serta info terkini berkaitan penambah baikan mutu perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua, MDTM disambut baik oleh syarikat pembekalan perkhidmatan pembersihan yang hadir kerana dilihat dapat menjadi platform dan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi permasalahan,isu isu yang berkaitan kerja -kerja perkhidmatan pembersihan serta berkongsi cadangan penambahbaikan bagi membolehkan pihak Majlis merangka satu tindakan penambahbaikan yang berterusan sesuai dengan Agenda Pemerkasaan PBT Negeri Perak bagi tahun 2024 ini bagi memastikan pelaksanaan pengurusan bandar yang berdaya huni dan mampan. Sesi tersebut berakhir pada jam 12.00 Tengahari telah dihadiri 24 syarikat pembekal perkhidmatan pembersihan dan agensi Kerajaan sekitar Daerah Muallim.Turut hadir sama ,En Roslan b Kamaruzaman ,Setiausaha Dan Ketua- Ketua jabatan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961