Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LAWATAN DAN TAKLIMAT BERSAMA EXCO KOMUNIKASI, MULTIMEDIA DAN NGO KE KAWASAN PEMBANGUNAN AUTOMOTIVE HIGH TECH VALLEY (AHTV) 9 JANUARI 2023, SELASA

9 Januari 2023- YB Tuan Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO) Negeri Perak, telah sudi turun padang ke kawasan Daerah Muallim susulan sempena jelajah YB. Exco yang dianjurkan setiap tahun bagi melihat isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Program kali ini telah singgah ke kawasan Daerah Mualim bagi membincangkan berkenaan isu dan prospek pembangunan di kawasan Muallim khususnya berkaitan pembangunan di AHTV dan sekitar.

Sesi taklimat ringkas berkaitan pembangunan Daerah Muallim telah disampaikan oleh Yang Di Pertua Majlis Daerah Tanjong Malim, En. Mohd Ikram Bin Ahmad dan Taklimat Pembangunan AHTV telah disampaikan oleh Wakil DRB-Hicom/AHTV, En. Mohd Khalid Bin Yusuf. Di dalam sesi taklimat tersebut juga telah dibincangkan bersama isu dan masalah capaian sistem komunikasi di kawasan AHTV serta persediaan penyediaan keperluan infrastruktur komunikasi bagi kemudahan pelabur-pelabur industri untuk melabur di AHTV.

Bagi mendapatkan kepastian dan pengesahan permasalah sistem telekomunikasi serta melihat permasalahan yang dihadapi, YB Exco terus mengadakan lawatan di dalam Kilang Proton serta kawasan vendor, Bandar Proton. Lawatan juga diteruskan ke UPSI bagi melihat permasalahan yang dihadapi berkaitan permasalahan capaian internet di dalam kampus induk UPSI.

Sesi dan lawatan ini turut dihadiri oleh YB Salina Bt. Samsudin (ADUN Behrang),Wakil Ahli Parlimen Tg.Malim, Tuan Pegawai Daerah Muallim, Naib Canselor UPSI,Pengarah SKMM N.Perak, CEO Digital Negeri Perak,Pengurus Besar TM,DNB, wakil agensi kerajaan negeri, penyediaan telco (Celcomdigi,Maxis,UMobile,YTL), ketua jabatan MDTM dan Proton/ DRB Hicom.

Hasil sesi taklimat dan lawatan ini, pihak SKMM dan jabatan yang berkaitan akan membantu mencari solusi dan membuat penambahbaikkan dari segi capaian internet di AHTV dan sekitar.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961